Welcome to HACKS Malaysia

Syarat dan Peraturan

  • Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan tunai. Pemilihan pemenang adalah tertakluk kepada keputusan pihak penganjur. Pihak penganjur tidak akan menerima sebarang bantahan daripada peserta terhadap pemilihan tersebut.
  • Nama Pemenang akan dipaparkan melalui laman web dalam tempoh 2 – 4 hari dari tarikh tamat setiap tempoh pusingan mingguan. Hadiah akan di hantar kepada pemenang-pemenang dalam tempoh 8 - 10 minggu dari tarikh tamat Tempoh Peraduan. Kos menuntut hadiah hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang. Pemenang akan dihubungi melalui e-mel atau telefon untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah di mana sidang akhbar akan dijalankan. Majlis ini akan berlangsung di Pulau Pinang dan pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kos yang terlibat semasa pemenang menghadiri majlis tersebut.
  • Pemenang perlu mematuhi terma dan syarat pemenang (tertakluk dan akan diberitahu kepada pemenang sahaja) yang dikenakan oleh Penganjur. Peserta akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kecederaan, kerosakan, atau kerugian akibat daripada mengambil bahagian dalam Peraduan ini, atau semasa menggunakan dan/atau menebus hadiah mereka.
  • Penyertaan yang tidak lengkap, lewat, tidak mempunyai bukti pembelian yang betul atau tidak mencukupi akan dibatalkan secara automatik. Pihak Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan atas budi bicara mutlaknya tanpa menyatakan sebarang sebab untuknya.
  • Dengan menyertai Peraduan ini dan penerimaan hadiah, peserta dengan ini memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan data peribadi dan/atau gambar untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa notis dan/atau pampasan. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi peserta dengan selamat.
  • Keputusan Penganjur adalah muktamad dan Peserta perlu bersetuju untuk mematuhi semua terikat dengan Syarat & Peraturan Peraduan. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat rasmi serta keputusan pihak penganjur. Untuk keterangan lanjut peraduan dan penyertaan, sila layari laman web www.HacksMalaysia.com.